Zahid buat ujian saringan, selepas ada bertemu Tajuddin
  • 3 years ago
Anggota parlimen Pari Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang diuji positif Covid-19 hari ini, ada bertemu dengan Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Abdul Razak di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur tiga hari lalu.

Sehubungan itu, dalam satu ciapan di Twitter, Zahid mengesahkan beliau telah menjalani ujian saringan pada pagi ini di sebuah hospital swasta.

Beliau juga sedang menjalani kuarantin diri di rumah sementara mendapat keputusan.

Sementara itu, salah seorang pegawai Najib juga mengesahkan pertemuan Najib dengan Tajuddin