#UntukMalaysia tumpu selesaikan isu berkaitan pendidikan - Maszlee
  • 3 years ago
Prihatin dengan isu-isu berkaitan pendidikan di negara ini, satu gerakan #UntukMalaysia ditubuhkan bagi menyelesaikan isu pendidikan dengan kerjasama pemegang taruh.

Penaung gerakan yang juga ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata gerakan itu bergantung penuh kepada penyertaan masyarakat awam yang peduli dan prihatin, yang percaya bahawa perubahan boleh dilaksanakan jika semua berganding bahu dan saling berpegang tangan.

"Untuk Malaysia percaya tiada isu pendidikan yang tidak boleh diselesaikan.

"Untuk Malaysia akan memulakan inisiatif untuk memastikan semua pemegang taruh duduk semeja untuk sama-sama membincangkan isu-isu yang selama ini tidak berjaya diselesaikan," kata Maszlee dalam pada sidang media pelancaran Untuk Malaysia di Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di Cyberjaya, semalam.