Isu catatan FB berkait Agong- 70 laporan polis dibuat terhadap Umany
  • 3 years ago
Sebanyak 70 laporan polis telah dibuat terhadap Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) setakat hari ini berkaitan catatan Facebook kumpulan itu yang bertajuk “Yang Di-Pertuan Agong should not Interfere in national affairs” (Yang Di-Petuan Agong tidak harus campur tangan dalam urusan negara), minggu lalu.

Peguam yang mewakili Umany, Wan Guan Hui berkata demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Terdahulu, seramai enam lagi ahli Umany dipanggil ke balai polis untuk memberikan keterangan mereka.

Ini selepas presidennya Robin Yap Wen Qing dan naib presiden Tan Li Yuan memberikan kenyataan mereka pada hari Khamis lalu.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung artikel mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.
Recommended