Tumpu peningkatan hukuman, langkah alternatif bekalan air - Tuan Ibrahim

  • 4 years ago
Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam pindaan akta berkaitan pencemaran air sehingga menyebabkan gangguan bekalan air, kerajaan menumpukan kepada peningkatan hukuman dan langkah alternatif meneruskan bekalan air terawat kepada pengguna sekiranya loji rawatan air (LRA) terpaksa dihentikan akibat insiden pencemaran sungai.

Terdahulu beliau menjelaskan langkah-langkah alternatif meneruskan bekalan air, antaranya meningkatkan kapasiti air terawat supaya masih ada margin rizab selama tiga hari jika pencemaran berlaku.