Selepas nama dipetik, Tuan Ibrahim kongsi butiran vaksin Covid-19
  • 2 years ago
Selepas status vaksinasinya dipertikaikan, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsi butiran vaksin Covid-19 yang diambilnya sebelum menunaikan umrah.

Perkembangan ini hadir selepas nama anggota Parlimen Kubang Kerian itu turut terheret dalam kontroversi melibatkan pendakwah bebas Abu Syafiq.