KKM: Peningkatan kes di Selangor konsisten setiap hari sejak 2 Okt
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham mengumumkan Selangor menyaksikan peningkatan kes secara konsisten setiap hari mulai 2 Oktober yang lepas.

Ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi di Selangor.

Setakat ini sebanyak 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor dan 8 daripadanya mempunyai kaitan dengan individy yang mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah.