PKPD di Penjara Kepayan bermula 21 Oktober

  • 4 years ago
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Penjara Kepayan dan kuarters anggota pegawai di Kampung Mantabai, Sabah bermula 21 Oktober hingga 3 November 2020.

Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD ini dilakukan bagi mengawasi pergerakkan keluar masuk di kawasan tersebut.

Semalam, Sabah melaporkan satu kluster baharu Covid-19, iaitu kluster Penjara Kepayan, dengan 48 kes baharu semalam.