Sekolah tempat lebih selamat, takkan ditutup - Noor Azmi

  • 4 years ago
Sekolah masih dianggap sebagai kawasan selamat untuk pelajar, justeru kerajaan tiada cadangan untuk menutupnya kecuali bagi lokasi yang mencatat kes positif Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Dr Noor Azmi berkata sekolah melaksanakan prosedur operasi standard yang sangat ketat seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu badan dan pengawasan aktiviti berkumpulan.