TMJ terima mengadap pengetua, ingatkan sekolah tempat pupuk perpaduan
  • 3 years ago
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak bahawa sekolah adalah tempat untuk memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan masyarakat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, baginda menjelaskan ada menerima makluman mengenai kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini berkaitan syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.