Lepas susun buku, Anwar pastikan 'kenderaan dalam keadaan baik'

  • 4 years ago
Ketika namanya menjadi sebutan ramai, walaupun untuk maksud yang berbeza , apa saja yang dilakukan Anwar Ibrahim mudah menarik perhatian ramai.

Pada 18 Sept lalu Anwar memuat naik gambar dia bediri di atas meja menyusun buku-buku dipercayai di pejabatnya dengan kapsyen yang kelihatan bersahaja, iaitu: "Buku berselerak. Perlu disusun semula hingga teratur."

Namun lima hari kemudian Anwar membuat kejutan apabila mendakwa memiliki jumlah ahli parlimen kukuh untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus membentuk kerajaan baru.

Hari ini pula Anwar memuat naik klip video dia memandu kereta di sekitar kawasan rumahnya.

Kapsyen yang mengiringi klip tersebut juga tidak kurang menarik perhatian.