Malaysia dalam keadaan baik - Tun M
  • 4 years ago
Ketidakpuasan hati dalam kalangan orang ramai terhadap kerajaan berlaku kerana kerajaan tidak terlalu bagus dalam menceritakan apa yang telah dilakukannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain kemajuan dalam bidang ekonomi, Dr Mahathir menegaskan bahawa pencapaian juga harus dinilai atas kestabilan, keamanan negara dan komitmen untuk mematuhi undang-undang.

“Jika anda mempunyai sebuah negara stabil seperti ini, aman dan mematuhi undang-undang, itu adalah pencapaian yang hebat.

Dr Mahathir berkata walaupun kerajaan dibentuk melalui pakatan yang terdiri daripada empat parti politik ditambah Parti Warisan Sabah, kabinet masih berfungsi dan mampu membuat keputusan.

“Sila ingat bahawa negara ini sangat bertuah kerana apabila terdapat perubahan kerajaan, tiada apa yang berlaku. Semuanya berjalan lancar," katanya.

Walaupun ketidakstabilan dan kekecohan berlaku di negara lain di seluruh dunia, Dr Mahathir berkata Malaysia masih aman tanpa pertempuran atau demonstrasi di jalanan.
Recommended