Syed Saddiq tak sertai Pejuang, tubuh parti anak muda
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya mengesahkan beliau akan menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda.

Syed Saddiq mengisyaratkan hal ini selepas beliau menjadi satu-satunya bekas ahli parlimen Bersatu yang menyokong Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak bergabung dengan parti baru bekas perdana menteri itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Semalam, bekas menteri berusia 27 tahun itu mengesahkan beliau tidak akan menyertai parti yang berteraskan Melayu itu, namun sebaliknya akan menubuhkan parti anak muda berbilang kaum.
Recommended