Isu Al Jazeera- KDN sahkan turut siasat majikan warga Bangladesh

  • 4 years ago
Majikan kepada warga Bangladesh, Md Rayhan Khabir yang ditemu ramah dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera baru-baru ini turut disiasat oleh polis, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Menurut Hamzah, notis telah dihantar kepada majikannya pada 13 Julai lalu, selepas Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Rayhan dibatalkan.