'PKR boleh simpan angan-angan tawan Ampang, Gombak'

  • 4 years ago
Setiausaha politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata PKR perlu berhenti memasang impian untuk menang kerusi parlimen Ampang dan Gombak pada pilihan raya akan datang.

Nor Hizwan Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut selepas PKR mengadakan majlis taklimat akar umbi di Ampang untuk menjelaskan pengkhianatan anggota parlimen PKR kepada Perikatan Nasional.