Jika diberi peluang, saya sedia bertanding sebagai calon PN, kata Afif
  • 4 years ago
Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata beliau bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 sebagai calon Perikatan Nasional sekiranya diberikan peluang.

“Kalau diberi peluang, saya bersedia untuk bertanding sebagai calon Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemubual oleh Malaysiakini di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Afif yang kini merupakan Adun Bersatu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang bertanding dalam PRU15 sebagai calon Bersatu atau beliau melihat dirinya sebagai platform baru yang memperjuangkan idea politik berbilang kaum.

Menurutnya, bagi pemimpin muda, kepentingan negara perlu diletakkan melebihi kepentingan individu di mana calon yang terbaik perlu menduduki kerusi parlimen di sesuatu tempat itu dan bukannya “politik lama orang tua.”