Fahmi- Sudah tiba masa Saifuddin letak jawatan

  • 4 years ago
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menuntut peletakan jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah yang menurutnya telah melakukan tiga episod 'salah langkah' termasuk kenyataannya semalam.

Fahmi dalam satu kenyataan mengatakan bahawa penjelasan Saifuddin mengenai kenyataannya sebelum ini masih gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan mengenai apakah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 1981 akan dikenakan untuk pengguna media sosial.