Covid-19- KKM kesan Kluster Mambong di Sarawak
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan mengumumkan satu lagi kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mambong selepas dua kes positif Covid-19 direkodkan setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah kluster baharu itu dikesan di sebuah syarikat di Mambong, Sarawak.

Dua kes positif itu membabitkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara manakala 68 individu masih menunggu keputusan.