Pembukaan sekolah berasrama ikut kapasiti
  • 4 years ago
Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing serta mengambil kira penjarakan sosial.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad, pada peringkat awal, hanya sebahagian murid sahaja dapat tinggal di asrama.