Azmin- 'Itu kena tanya dia, tak adil tanya saya'
  • 4 years ago
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali hari ini mengelak untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu calon perdana menteri Pakatan Harapan Plus.

Ketika ditemui media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri hari ino, kedatangannya ke Shah Alam hari ini bagi memberi tumpuan kerjasama kerajaan pusat dan negeri bagi membangunkan semula ekonomi.