Azmin: Kerajaan benar beberapa sektor beroperasi penuh esok

  • 4 years ago
Kerajaan bersetuju membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beroperasI sepenuhnya tanpa sekatan masa bermula esok, 29 April, 2020.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, syarikat dalam sektor yang dibenarkan ini wajib mematuhi syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi sektor masing-masing.