Gara-gara berjoging semasa PKP, doktor diheret ke mahkamah

  • 4 years ago
Gara-gara berkeras mahu bersenam dengan berjoging di taman awam semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pakar jantung Dr Ong Hean Teik diheret ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang dan berdepan dua pertuduhan.

Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, Dr Ong minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Seksyen 186 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala Peraturan 3(1) pula memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Video bantahan Dr Ong semasa ditahan baru-baru ini tular di laman sosial.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dan menetapkan 9 Jun untuk pendengaran kes.

Mahkamah turut mengarahkan doktor berusia 60 tahun itu menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Dr Ong keluar berjoging seorang diri di sebuah taman rekreasi dan berhujah dengan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bahawa tindakannya itu tidak salah dan semata-mata demi kesihatannya.

Rakaman pertingkahannya dengan penguatkuasa berkenaan menjadi tular, menyebabkan polis menyiasatnya kerana melanggar PKP.

Sumber video: Media Sosial

Recommended