K'jaan bersiap untuk fasa mitigasi
  • 4 years ago
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini berkata kerajaan sedang bersiap untuk fasa mitigasi bagi berdepan penularan Covid-19.

"Memandangkan situasi semasa, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa kita sudah masuk fasa pembendungan akhir.

"Dalam fasa pembendungan akhir, ia bagi membendung penularan Covid-19 daripada menjadi lebih serius.

"Pada masa sama, Kementerian Kesihatan juga membuat persiapan untuk memasuki fasa mitigasi," katanya.

Dr Adham sebelum ini menjelaskan bahawa terdapat empat fasa iaitu, fasa onset, fasa pembendungan awal, fasa pembendungan akhir, dan fasa mitigasi.