Semua sekolah, taska, tadika, sekolah tahfiz diarah tutup 2 minggu di Sarawak
  • 4 years ago
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata semua taska, tadika, sekolah tahfiz diarah tutup selama dua minggu bermula esok, 17 Mac 2020.

Manakala semua sekolah pula diarah untuk melanjutkan cuti persekolahan lagi seminggu sehingga 29 Mac 2020.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai Covid-19 di Bilik Persidangan, Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa, Kuching, hari ini.

Sarawak mencatat 34 kes positif COVID-19 sehingga hari ini (16 Mac) dan 29 kes daripadanya merupakan kes luar Sarawak (import).