DAP hanya dijadikan 'punching beg' oleh PN - Mahfuz Omar

  • 4 years ago
Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mendakwa isu DAP hanya dijadikan alasan bagi pihak tertentu mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata isu DAP mengancam agama Islam dan Melayu telah dimainkan sejak sekian lama oleh pihak yang mahu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Sekarang mereka gunakan alasan yang UMNO dakwa mereka suatu ketika dahulu. Sekarang mereka juga halalkan dakwaan (DAP jadi punca masalah) bagi merampas kuasa untuk menjadi Perdana Menteri," katanya pada Ceramah Jelajah PH Kota Raja di Taman Sri Andalas, Klang malam kelmarin.

"Saya percaya ini bukan masalah DAP. Parti itu hanya menjadi 'punching' beg.

"Lihat di Melaka, adakah DAP menjadi penyebab kepada individu yang tidak dapat menjadi Ketua Menteri? Malu orang Melayu berebut kuasa," katanya.

Recommended