'Adakah DAP, PKR benar-benar berbilang bangsa? Hanya ungkapan saja'
  • 2 years ago
Menyifatkan Warisan sebagai parti nasional pelbagai bangsa, presidennya Shafie Apdal berkata parti-parti berpangkalan di Semenanjung Malaysia hanya mendakwa mereka berbilang kaum sedangkan dari segi amalan adalah sebaliknya.

Sebaliknya Shafie mendakwa kepimpinan Warisan mencerminkan kepelbagaian budaya yang tulen, ketika bercakap selepas majlis pelancaran Warisan peringkat nasional di Kuala Lumpur hari ini.