Muhyiddin umum Bersatu keluar PH
  • 4 years ago
Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.

Menurut satu kenyataan, semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.
Recommended