Isu Hutan Simpan, saya hidu tindakan politik - MB Selangor
  • 4 years ago
Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari hari ini menyatakan terdapat motif politik oleh sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu penyahgazetan kawasan Hutan Simpan (Utara) Kuala Langat.

Menurutnya, ketika ini kerajaan masih dalam proses pendengaran awam, dan terdapat beberapa proses lagi sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan perkara itu.

Katanya lagi, pihak negeri terbuka untuk mendengar pandangan balas dari semua pihak termasuklah pihak pemohon, sebelum meneruskan permohonan tersebut.