'Mak Tok' bercerita kisah tikus dan singa
  • 4 years ago
Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa membacakan buku cerita kepada sekumpulan kanak-kanak di parlimen.

Wan Azizah yang menggelarkan dirinya 'Mak Tok', membacakan kisah tikus dan singa kepada kanak-kanak tersebut selepas merasmikan pusat jagaan kanak-kanak di Parlimen hari ini.