Warga Kanada disahkan bebas 2019-ncoV
  • 4 years ago
Remaja warga Kanada yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam disahkan bebas dari virus novel koronavirus (2019-ncoV).

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, langkah-langkah pencegahan telah dilakukan dan remaja itu telah dibenarkan pulang selepas didapati tidak mempunyai sebarang simptom.