11 juta penduduk Wuhan disekat keluar
  • 4 years ago
11 juta penduduk bandar Wuhan hari ini disekat keluar dari bandar itu berikutan penyebaran wabak coronavirus yang semakin serius.

Kesemua jenis pengangkutan awam telah dihentikan perkhidmatan, menyebabkan kekecohan bagi 400 juta penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan itu menjelang Tahun Baru Cina.

Pasukan bersenjata juga diletakkan di perkarangan stesen keretapi terbesar Wuhan bagi menghalang orang ramai naik ke dalam keretapi.

China juga hari ini mengesahkan satu kes baru dilaporkan di Hong Kong melibatkan pelancong yang tiba dari tanah besar China.

Jumlah kematian juga meningkat hampir dua kali ganda kepada 17 orang, kesemua dilaporkan berlaku di bandar Wuhan.

Semalam Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus memuji tindakan pantas China menutup pengangkutan awam bagi menyekat penyebaran virus tersebut. Namun WHO masih belum mencapai keputusan bagi mengumumkan darurat dan bakal bermesyuarat lagi hari ini.