Coronavirus: Kedah berjaga-jaga

  • 4 years ago
Berikutan terdapatnya penularan wabak coronavirus di negara jiran, kerajaan negeri Kedah akan mengambil langkah berjaga-jaga di pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut laporan Berita Harian,, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh, pemeriksaan teliti akan dijalankan kepada pengunjung yang masuk melalui Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Dr Ismail berkata, pihaknya bersedia menambah kakitangan dan pegawai perubatan di ICQS sekiranya peningkatan kes demam semasa saringan di kompleks berkenaan.

Bagaimanapun, tiada keperluan untuk menambah kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri di sana.

4 kes coronavirus dilaporkan telah dikesan di Thailand termasuk seorang warga wanita tempatan yang pernah melawat Wuhan, China.

Recommended