Pimpinan Kelantan terima bonus RM50,000 seorang

  • 4 years ago
Selain pembelian 14 buah Mercedes Benz sebagai kereta rasmi, pimpinan negeri dan barisan exco Kelantan juga dikatakan menikmati ‘bonus’ berjumlah RM50,000 setiap seorang.

Menurut sumber, dana itu diterima minggu kedua bulan ini sekaligus bonus tambahan yang diterima penjawat awam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah ketika ditemui mengesahkan pimpinan kerajaan negeri menerima dana berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, wang tersebut bukan bonus sebaliknya sebagai pemberian khas.
Katanya lagi, ia juga tiada kaitan dengan peruntukan khas oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM400 juta sebelum ini.