Tak perlu wujud PAS di Kimanis - Takiyuddin
  • 4 years ago
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti PAS tidak perlu wujud di Kimanis, Sabah buat sementara ini memandang Umno sudah kuat di kawasan ini.

"Kita tidak ramai di sini sebab kita tahu ini tempat Umno. Kawasan PAS pun tidak ada.

"Di Kimanis ini kita nampak Umno boleh memainkan peranan membela rakyat bumiputera, rakyat Islam, jadi kita rasa tak perlu wujudnya PAS di sini (Kimanis) buat masa ini.

"Tapi pengundi kita ada, ahli-ahli kita ada, kita sudah kenal pasti pengundi kita dan mereka akan mengundi Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri ceramah Himpunan Muafakat Rakyat Sabah di Kimanis, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berapa jumlah pengundi PAS di Kimanis, Sabah