Warisan hentilah politik samseng! - Bung

  • 4 years ago
Umno mendakwa Warisan mengamalkan "politik samseng" apabila bertindak menyekat kenderaan dan menyoal pergerakan calon BN, Mohamad Alamin.

Pengerusi Umno Sabah Bung Mokhtar Radin, berkata budaya seperti itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dengan usia Warisan yang masih muda di Sabah.

"Budaya samseng harus dihentikan. Warisan sebuah parti yang sedang belajar.

"Calon (BN) ditahan semalam, di Kampung Batu 6.

"Kita akan buat laporan kerana tahan kereta calon dan tanya mahu pergi mana, itu bukan urusan dia (Warisan) tanya nak pergi mana," katanya ketika ditemui di Membakut, hari ini. ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.