Kaligrafi Cina pupuk perpaduan, kenapa tidak Jawi?

  • 4 years ago
Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pihak yang menolak tulisan Jawi sebagai rasis apabila menerima kaligrafi Cina sebagai alat perpaduan kaum.

Beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia semua pihak harus menerima bahawa Jawi adalah tulisan yang telah menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Dong Jian Zong (Dong Zong) dan pihak yang menolak tulisan Jawi sebelum ini adalah tidak lain berfikiran rasis.

"Dong Zhong dan mereka yang menentang tulisan jawi tidak melihat tulisan Jawi juga sebagai alat untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat?

"Tulisan Jawi bukan alat untuk mengislamisasi mereka yang mempelajarinya," katanya ketika ditemui di Membakut, malam tadi.

Ismail berkata demikian sebagai respon terhadap laporan media yang berhubung 'kaligrafi Cina pupuk perpaduan’.

Laporan itu berkaitan bengkel seni kaligrafi Tahun Baru Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Ismail turut mengkritik Fahmi kerana mengadakan bengkel kaligrafi itu ketika polemik mengenai tulisan Jawi hangat diperkatakan.

Recommended