'Apakah perjanjian Damai Hatyai yang dimeterai 30 tahun lalu itu tidak perlu dikenang?'
  • 4 years ago
1 Disember lalu, sehari sebelum ulang tahun ke-30 perjanjian damai hatyai 1989, sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) telah menganjurkan satu perhimpunan di Malaysia untuk memperingati majlis menandatangani perjanjian itu.

Perhimpunan yang diadakan di Kajang itu, dihadiri kira-kira 300 orang.

Parti Komunis Malaya telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia di Hat Yai, Thailand pada 2 Disember 1989 yang menyaksikan berakhirnya perjuangan bersenjata selama 21 tahun.

Wartawan KiniTV, Syazwana Amir telah berpeluang berkunjung dan menemuramah bekas pengerusi PKM, Abdullah CD dan Pengerusi Gabungan Persatuan Pendamai Hat Yai, Indrajaya Abdullah bertanyakan apakah keperluan untuk mengenang ulangtahun perjanjian Damai itu?