‘Malaysia perlu penuhi perjanjian 1878 bayar waris kesultanan Sulu’
  • 2 years ago
Bekas peguam negara Tommy Thomas mempertahankan pendiriannya bahawa perjanjian bayaran tahunan kepada kesultanan Sulu mesti dipenuhi.

"Itu tidak berubah kerana pada pendapat saya Malaysia sentiasa mempunyai kewajipan undang-undang sejak 1963, jadi kita sepatutnya membayar (pewaris kesultanan Sulu)," katanya ketika menghadiri forum mengenai perkara itu di Kuala Lumpur hari ini.