Mengecewakan! Ada negara tak ikhlas enggan bantu 'tangkap Jho Low', dedah IGP
  • 4 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang berjanji untuk membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Jho Low hari ini melahirkan rasa kecewanya kerana rakan sejawat di beberapa negar enggan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam hal ini.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Hamid berkata negara tersebut malahan enggan mengakui bahawa Low berada di negara mereka walaupun polis Malaysia telah mengemukakan bukti.

"Saya ada beberapa hari, ada seminggu, usaha saya berterusan, saya tak pernah give up. Tetapi memang mengecewakan dalam kerja-kerja hubungan dua atau tiga hala, atau hubungan multilateral kita dengan kepolisan luar negara, kami harapkan nombor satu - sincerity, keikhlasan dalam kita kerjasama dengan pihak berkenaan, mesti ada keikhlasan.

"Tetapi ini tidak ada...Ini lah yang mengecewakan saya walaupun, saya telah tulis, jumpa dan saya dah seru beberapa kali," jelasnya

Beliau berkata, pada masa lalu Malaysia cukup bersedia menghulurkan kerjasama dengan negara-negara ini.

"(Bagaimanapun, negara-negara ini berkata) tiada di sini, tapi kami ada maklumat kata dia di sini, kami ada butiran, rekod dokumen perjalanan," katanya.