Jadi peguam Yusoff Rawther dan Tun M, Haniff nafi ada teori konspirasi
  • 4 years ago
Peguam Haniff Khatri Abdulla menafikan konspirasi yang menempatkannya sebagai kaitan antara anak guamnya Yusoff Rawther dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang diwakili beliau.
Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau menolak tuduhan teori konspirasi bahawa dengan mewakili Yusoff yang mendakwa menjadi mangsa salah laku seksual Presiden PKR, Anwar Ibrahim, maka ia menunjukkan konspirasi yang ditulis oleh Dr Mahathir.

"Saya adalah seorang pengamal undang-undang swasta. Ya, saya ada mewakili Dr Mahathir sebelum ini, dan masih kendalikan dalam beberapa fail peribadi beliau," katanya.

Haniff mendakwa pihak yang mengaitkan teori konspirasi antara perdana menteri dan anak guamnya cuma membuang masa.

Semalam Yusoff ditemani peguamnya Haniff dipanggil polis untuk beri keterangan di Bukit Aman berhubung dakwaan beliau dicabul oleh Anwar Ibrahim. Untuk rekod, Haniff juga merupakan peguam kepada Dr Mahathir.