Pendedahan Che GuBard, Yusoff Rawther minta pertolongan isu salahlaku seks
  • 4 years ago
Chegu Bard atau Badrul Hisham Shahrin meminta bekas penyelidik Anwar Ibrahim melakukan tindakan yang sepatutnya seperti membuat laporan polis sekiranya benar dakwaan ada salahlaku seks.

Chegubard menegaskan Yusoff harus mencari keadilan bukan bantuan ahli politik untuk mendapat pembelaan.

“Orang Malaysia sudah muak dengan isu seks dan skandal dan yang penting sekarang ini ialah negara kita sedang berdepan dengan cabaran ekonomi dan pentadbiran, tambahnya lagi.

“Tak boleh lagi asyik terperangkap berpuluh tahun, bercerita isu demikian dan akhirnya kita tak pergi ke mana. Saya cakap dengan dia, Yusoff aku simpati, kau buatlah tindakan sendiri, nak buat kenyataan media atau apa sahaja.

Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mendakwa Chegubard mendalangi sidang media pendedahan Muhammad Yusof menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral seorang pemimpin politik, semalam.

Farhash mendakwa perbuatan Chegubard itu cuba mencemari imej dan bertujuan menghuru-harakan PKR.