Setiausaha Dewan Rakyat bersara, Nga hadiahkan pantun sebagai penghargaan
  • 4 years ago
Hari ini adalah sidang Dewan Rakyat terakhir bagi Datuk Rosmee Hamzah sebagai Setiausaha Dewan Rakyat selepas memegang jawatan itu selama 19 tahun sejak 2007.

Dewan Rakyat pagi ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rosmee yang disampaikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Kor Ming menyampaikan ucapan itu bagi mewakili Ahli Parlimen, sebelum Waktu Pertanyaan Menteri dan sesi jawab lisan dimulakan.

“Untuk makluman Dewan ini, hari ini adalah hari terakhir Rosmee bertugas mengendalikan urusan Dewan Rakyat selepas 40 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam dan 19 tahun berkhidmat untuk Dewan mulia ini.

“Untuk segala bakti budi dan khidmat dicurahkan, pagi ini saya menghadiahkan serangkap pantun khas untuk Setiausaha Dewan Rakyat sebagai penghargaan dan pengiktirafan seperti berikut:

Di atas bukit tanamnya ubi,
Burung Tempua buatnya sarang,
Bukan budi sebarang budi,
Budi baik akan sentiasa dikenang.

Rosmee akan bersara wajib pada Februari tahun hadapan.

Beliau adalah Setiausaha Dewan Rakyat Ke-12 dan dijadualkan bersara wajib selepas berkhidmat selama 40 tahun dalam perkhidmatan awam termasuk 19 tahun sebagai Setiausaha Dewan Rakyat.