Siapa calon yang dipilih BN, kami sokong

  • 5 years ago
PAS berkata ia pernah ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri di Perlis, salah satu daripada dua negeri yang dipegang oleh Barisan Nasional.

Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu memutuskan untuk tidak mengambil tawaran itu walaupun ia bersahabat dengan Umno.

"Tetapi kita akan menghormati semua dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri Perlis, sama seperti mereka menghormati dasar kita di Terengganu dan Kelantan," kata Tuan Ibrahim kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kedua-dua negari yang dipertandingkan PAS tidak akan membuka jawatan exco mereka untuk Umno walaupun peruntukan baru-baru ini, sambil menambah bahawa kuota untuk exco telah diisi.