Penyokong PBS dan Warisan di DUN Melalap isytihar sokong BN
  • 4 years ago
Semasa majlis ramah mesra Barisan Nasional (BN) di Melalap, penyokong dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) isytihar menyokong BN.

Mereka disarungkan t-shirt BN oleh calon BN yang bertanding di DUN itu iaitu Jamawi Jaafar semasa majlis tersebut berlangsung pada hari ini.

Mereka juga turut melaungkan 'Tetap BN' selepas selesai disarungkan t-shirt tersebut.

Pada PRN Sabah kali ini, Jamawi Jaafar mewakili BN akan bertanding di kerusi DUN Melalap dan berdepan lima calon iaitu Peter Anthony dari Warisan, Radin Malleh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Apiang Sausun daripada Parti Cinta Sabah (PCS), Sazali Justi daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Masdin Tumas daripada Parti Liberal Demokratik (LDP).