Visual Zakir Naik imami ribuan jemaah solat di Melaka
  • 5 years ago
Majlis ibadah dan solat bersama pendakwah Dr Zakir Naik di Masjid Krubong, Melaka malam ini menarik kehadiran ribuan jemaah. Ketibaan Zakir Naik diumumkan selepas Azan Maghrib, kira-kira jam 7.20 malam, ketika jemaah mendirikan solat sunat.
Ketibaannya bersama pengerusi masjid itu, Mohd Rafiq Naizamohideen menyebabkan jemaah mengerumuni laluan karpet putih di masjid itu, sehingga Zakir terpaksa dikawal ketat oleh pengiringnya.

Sebaik tiba di saf paling depan bahagian mimbar masjid, Zakir mengimami kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat Maghrib.