Ummah lancar 'roadshow' besar-besaran sempena Kempen Beli Produk Muslim
  • 5 years ago
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa memaklumkan UMMAH telah mengadakan dua kempen besar pada tahun ini – pertama pada bulan April dan kedua pada bulan Julai.

Untuk memperkasakan lagi kempen ini, UMMAH bersama NGO lain akan mengadakan ‘roadshow’ dalam beberapa fasa.

“Fasa pertama akan dijalankan di bahagian Utara bermula Pulau Pinang pada 8 September, diikuti Kedah pada 9 September.

“Seterusnya pada 16 September akan di teruskan di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Akhir sekali di Johor."

"Semua pengusaha produk muslim boleh bertemu kita di roadshow ini. Kita akan buat penerangan kepada pengeluar supaya mereka dapat bergabung bersama-sama,” katanya

Beliau berkata, selepas kempen fasa pertama selesai, UMMAH dengan kerjasama ABATA Commerce Sdn Bhd, akan melancarkan sebuah aplikasi baharu bagi memasarkan produk muslim.

“Kita sasarkan sebanyak 300 produk muslim akan terbabit sama dalam aplikasi berkenaan,” katanya