Roti canai 'merdeka' percuma di kedai Abang Leh

  • 5 tahun lalu
KANGAR 31 Ogos - Setiap orang mempunyai cara dan penghayatan tersendiri dalam menyambut hari kemerdekaan negara.

Bagi seorang peniaga, Khairul Othman, 40, sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 ini, dia mengambil inisiatif menyediakan roti canai percuma kepada orang ramai yang datang ke kedainya di Sempering, Repoh, di sini, hari ini.