'Bila dia kata arahan Dr M, kita buat majlis di Langkawi pula'
  • 5 years ago
Sekiranya perkhidmatan e-hailing motosikal, yang dikenali sebagai Go-Jek diperkenalkan, ia tidak dapat membantu golongan muda untuk maju ke hadapan sebagai karier utama.

Pengasas dan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Shamsubahrin Ismail berpendapat beliau tidak teragak-agak akan membuat 'kenduri' di rumah Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

Semalam, Loke berkata satu kajian berhubung Go-Jek akan dilaksanakan sebaik sahaja cadangan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenainya diluluskan kabinet.

Kata Loke, walaupun cadangan kepada kabinet akan dikemukakan oleh Syed Saddiq, Kementerian Pengangkutan merupakan pihak yang akan melaksanakan kajian itu dan akan menampilkan satu mekanisma serta kerangka kerja lengkap bagaimana cara hendak menjayakan perkhidmatan e-hailing itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sebarang monopoli dalam perkhidmatan itu selepas mendapat persetujuan kabinet.