Pelajar wanita termuda tawan puncak Gunung Elbrus
  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malaysia mencatat satu lagi sejarah dalam sukan ekstrem pendakian gunung menerusi kejayaan seorang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (Kusess), Sara Sofea Muhammad Illaham, yang berjaya menakluk puncak tertinggi benua Eropah iaitu Gunung Elbrus di Rusia.