Media tempatan kesal dengan Guan Eng, terpaksa tunggu luar dewan

  • 5 years ago
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini cuba untuk mengelak dari pertanyaan wartawan dari media tempatan dalam satu majlis Malaysia-China Belt and Road Economic Cooperation forum di Kuala lumpur hari ini.


Namun apa yang cukup dikesali media tempatan apabila satu sidang media khas dibuat hanya membenarkan media dari China sahaja masuk, sebaliknya media tempatan diminta untuk berada di luar dan tidak dibenarkan masuk.

Wartawan dan jurukamera dari media tempatan yang menunggu di luar dewan majlis itu, telah cuba untuk mendapatkan temuramah bersamanya tetapi dia cuba mengelak dari ditanya. Wartawan kami Gah Chie cuba berkali-kali menanyakan soalan, namun dia menjawab sambil berlalu pergi.

Rata-rata wartawan yang ditemui berharap diadakan sidang media bersama dan tidak mengecualikan wartawan tempatan yang terpaksa berkejaran dan berkeadaan kelam kabut.