Dana diberikan kepada pengendali bas henti-henti
  • 5 years ago
Sebanyak 52 pengendali bas henti-henti diberi kemudahan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) bagi tempoh kontrak dua tahun untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti di lebih 350 laluan bas operasi mereka di Semenanjung Malaysia.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata bermula tahun ini, kerajaan memberikan kontrak selama dua tahun kepada pengendali bas henti-henti bagi ISBSF berbanding kontrak setahun sebelum ini.

"Dengan kontrak dua tahun ini, akan memberi pengendali lebih keupayaan kewangan untuk menambah baik perkhidmatan dengan menambah serta menyediakan bas yang lebih baharu dan juga menambah laluan," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian ISBSF di sini hari ini.